Malaysian Youth And Student Democratic Movement(DEMA) mengucapkan syabas kepada bekas tahanan ISA En Abdul Malik Hussin, selepas melalui perbicaraan yang mengambil masa selama 8 tahun, akhirnya beliau berjaya mendapat balik keadilan dan pampasan sebanyak 2.5 juta. Ini telah membuktikan bahawa penahanan di bawah ISA tanpa melalui perbicaraan adalah tindakan yang salah! Walaupun pampasan wang tidak dapat menebus penderaan fizikal dan mental yang dilalui oleh En Malek Hussin semasa di bawah tahanan ISA, tetapi kami percaya bahawa pengorbanan beliau adalah amat bernilai, ini kerana beliau berjaya membuktikan ISA bukan sahaja merupakan akta yang melanggar undang-undang malah ia juga mencabul hak asasi manusia. Kejam!
Pada masa yang sama, DEMA juga ingin mengucapkan syabas kepada para hakim Malaysia yang buat pertama kali membuat keputusan yang adil terhadap perbicaraan ISA. Kami berharap tahanan lain bawah ISA akan mendapat peluang untuk perbicaraan yang adil juga. Bagi DEMA, kehakiman sepatutnya memainkan peranan untuk mengawasi operasi pentadbiran negara dan mempertahankan perlembagaan negara. ISA yang digunakan untuk menahan tanpa melalui perbicaraan telah melanggar Perlembagaan Malaysia dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sedunia yang menyatakan setiap orang mempunyai hak untuk mendapat bantuan undang-undang, maka ISA patut dimansuhkan!
DEMA mengecam kerajaan menggunakan ISA untuk membuat tahanan yang bermotif politik. Dari 60-an, 70-an sehingga tahun 1987 Operasi lalang dan juga tahun 1998 Reformasi, ISA telah menjadi alat kerajaan untuk menghapuskan sesiapa yang berbeza pendapat bagi mengukuhkan kuasa politik. Banyak pihak telah ditahan bawah ISA termasuk pihak pembangkang, aktivis pendidikan ibunda, dan pejuang hak asasi manusia serta pihak dari pelbagai NGO tetapi bukannya mereka yang mengancam keselamatan negara.
Kami berpendapat bahawa keadilan perlu diperjuangkan oleh rakyat! Seperti apa yang kita nampak, kebelakangan ini telah berlaku beberapa kes yang jelas menunjukkan sistem kehakiman negara kita sedang menghadapi krisis dan masalah campur tangan agensi kerajaan yang serius. Rakyat mula sedar bahawa pengamalan perlembagaan perlu diawasi oleh rakyat sendiri. Maka, suara rakyat untuk keadilan semakin kuat, sehingga peguam juga berdemostrasi untuk meminta sistem kehakiman yang adil serta saksama. Ini jelas menunjukkan agensi kerajaan telah dikorup oleh pihak politik yang cuma mengutamakan kepentingan mereka. Keadilan tidak akan jatuh dari langit, hanya dengan kesedaran rakyat sendiri, negara baru akan menuju ke arah cemerlang, gemilang, dan terbilang!
Malaysia Youth And Democratic Movement
Secretary National Affair
Ng Yong Jin
012-3770626
No comments:
Post a Comment