If you can not view this page properly, please use Firefox® to browse this page again.

Saturday, October 27, 2007

DEMA menyeru agar kerajaan menyediakan perkhidmatan pengajian tinggi secara percuma

Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA) berasa tidak puas hati terhadap tindakan Menteri Pengajian Tinggi yang berpendapat bahawa pembatalan yuran pentadbiran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menambahkan beban kerajaan, dan menyeru kerajaan agar menyediakan sistem pendidikan pengajian tinggi secara percuma kepada rakyat.

DEMA berasa tidak berpuas hati dengan penyataan Menteri Pengajian Tinggi pada 22 Oktober 2007 bahawa kos penyelenggaraan pusat pengajian tinggi di negara kita semakin meingkat . Oleh itu kerajaan tidak dapat menyediakan subsidi sepenuhnya kepada pelajar pusat pengajian tinggi.DEMA berpendapat bahawa pekara tersebut tidak harusnya menjadi sebagai alasan sedangkan kerajaan telah membazirkan wang rakyat dengan menjalankan projek yang tidak dapat memanfaatkan rakyat seperti projek angkasawan , projek rekod Malaysia terbesar dan lain -lain. Mengikut pandangan DEMA , wang tersebut sepatutnya digunakan dalam pembangunan negara yang dapat memanfaatkan rakyat termasuklah menyediakan pendidikan pengajian tinggi yang percuma .

Mengikut deklarasi hak asasi sedunia yang ke-16, setiap manusia mempunyai hak asasi untuk menerima kemudahan pendidikan sehingga tahap pendidikan tinggi secara percuma . Pendidikan secara percuma adalah penting supaya rakyat tidak berasa terbeban dari segi ekonomi dan masyarakat mendapat manfaat secara keseluruhannya. Secara tidak langsung ,negara akan dapat menghasilkan generasi yang berpengetahuan tinggi dan membawa kemakmuran serta kemajuan kepada negara .

DEMA menyeru kerajaan agar mula melaksanakan sistem pendidikan pengajian tinggi secara percuma, dan bukan membincangkan yuran pentadbiran PTPTN perlu dihapuskan atau tidak . Kementerian Pengajian Tinggi tidak seharusnya bertindak seperti syarikat pinjaman modal dengan berharap ahli pinjaman PTPTN akan meningkat dari 1 juta orang kepada 1.5 atau 2 juta orang.


Malaysia Youth and Student Democratic Movement

Secretary of Admnistration

OOI TZE MIN

012-4202264

No comments: