If you can not view this page properly, please use Firefox® to browse this page again.

Tuesday, April 24, 2007

Sambutan Hari Pekerja (May Day Celebration! Join DEMA to Johor Bahru!!)

Sambutan Hari Pekerja diadakan setiap tahun untuk memperingati perjuangan kelas pekerja di serata dunia! Seluruh lapisan masyarakat dialu-alukan turut serta dalam perhimpunan ini dan menegakkan tuntutan pekerja sempena hari yang bermakna ini.

Tahun ini, DEMA (Malaysian Youth and Students Democratic Movement) akan menyewa sebuah bus ke JB untuk menyertai sambutan ini. Seorang hanya dikenakan tambang bus RM20 dengan adanya subsidi.

Sebagai mahasiswa-mahasiswi dan pemuda-pemudi yang sentiasa berdiri bersama masyarakat, kita harus meraikan Hari Pekerja dan mengambil berat tentang keadaan yang dihadapi pekerja di Malaysia .

Kawan- kawan kita dari pelbagai universiti seperti UM, UPM, USM, UTM, UKM, UTAR, NEC dan sebagainya telah menyertai dalam Sambutan Hari Pekarja ini. Selain itu, kawan-kawan dari pelbagai sector seperti petani, nelayan, peladang, pekerja kilang, peneroka Bandar, anak muda dan sebagainya juga telah menyertai bersama.

JANGAN tunggu lagi!! Pekerja perlu sokongan anda!


Tarikh: 1 Mei 2007 (Selasa)

Masa: 10am

Tempat: Dataran Bandaraya Johor Bahru.


Sila hubungi kami secepat mungkin:

Yong Jin: 012-3770626   ngyongjin84@ yahoo.com

Song Yong: 012-6359440   xiumeng86@yahoo. com

No comments: