If you can not view this page properly, please use Firefox® to browse this page again.

Monday, November 26, 2007

Online Petition-Cancel the One-semester Suspension of Lee Song Yong

To: Y. B. Dato' Mustapa bin Mohamed (Higher Education Minister of Malaysia)

To all,

Lee Song Yong, second year Computer Science student from Universiti Putra Malaysia (UPM) has been suspended for one semester by the Disciplinary Board of UPM on 22 November 2007 after he was found guilty for not cooperating with security guard, questioning the task of security guard and obstructing the security guard from executing his duty, responsibility and functions.


Background of the Incident

The incident happened in 22 August 2007, where Lee who is stopped at guard house refused to let his bag to be checked because there was no explanation from the security guard. Three plain clothes officer from Special Task Unit who arrived later grabbed the matric card and notebook from Lee without Lee¡¯s consent. Lee lodged a police report on the same day. Three days later, a complaint has also been made against the security officer at the Security Department.

The campus authority did not take any action against the security guards who had abused his power and did not respect the rights and privacy of the student. Instead the same security guards had accused Lee on 14 November 2007 alleging that he did not cooperate and had challenged the security guard.

The first proceeding on 19 November 2007 has been adjourned to 22 November 2007. In that proceeding, Disciplinary Board has decided to impose heavy penalty which is to suspend him for one semester of study and warning was given.


The Power of Security Guard in UPM exceeds that of Police Force

In this case, we have seen that the power of the security guard exceeds that of police which is stated in Criminal Procedure Code (CPC), police can only do checking by giving explanation and follow strict procedures. It was obvious that security guard had abuse his power.

This incident also shows that the campus authority sides the security guard. The suspension shows that they want to create a climate of fear among the students and want the students to obey the limitless power of the security guard.

Despite calls by the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) to halt the proceedings due to allegations of human rights infringement, the proceedings went on. The university¡¯s administrative authority still held the proceedings in a hurry and imposes penalty onto Lee.


The Unfair Proceedings

The procedure of the hearing is obviously violating the basic rights of the student. Despite given a short notice to the hearing which make it difficult for Lee to make peparation, he was also denied legal representation by the campus authority. This is a violation of right to counsel which is included in Article 5(3) in Federal Constitution.


Demands

DEMA calls upon the campus authority of UPM to cancel the unreasonable punishment towards Lee, state the checking procedure of security guard and take action against the security officers who had abused their power.


Release by,
Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)



PETITION



To:
Y. B. Dato' Mustapa bin Mohamed
Minister of Higher Education,
Ministry of Higher Education Malaysia.

CC:
Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha bin R. Abdullah
Vice Chancellor of Universiti Putra Malaysia.


Cancellation of The Suspension for One Semester of Lee Song Yong Immediately

We/I oppose to the action of campus authority that imposes one semester suspension penalty to Lee Song Yong, a second year Computer Science student from Universiti Putra Malaysia who stopped at guard house and refused to let his bag to be checked because there is no explanation from the security guard.

2. We strongly feel that the penalty should be cancelled because:
a. Lee Song Yong had given enough cooperation to the security guard by showing his matric card and waiting for the explanation before allowing his bag to be checked.
b. Security guard did not explain the reason/purpose to examine student¡¯s bag. Even police also needs to tell the purpose before any checking.
c. The officer who acted violently, did not introduce himself and seized Lee¡¯s belongings was not investigated.

3. We/I feel that, the punishment towards Lee Song Yong shows that campus authority sided security officers who abused their power and did not respect the rights and privacy of students. The penalty of suspension has created fear among students and make student have to obey to the limitless power of security guard.

4. We urge that campus authority
a. Cancel the suspension of one semester to Lee Song Yong immediately
b. State the checking procedure of security guard clearly
c. Take action against the security officers that abused their power

Besides that, we also call upon campus authority to stop any action that violates the rights of students in UPM and created a climate of fear among the students in the university. Campus authority should take care of the welfare and safety of the students and not being a threat to them.


Sincerely,


click here to sign


Sunday, November 25, 2007

Batalkan Hukum Gantung Satu Semester Pelajar UPM Lee Song Yong dengan Segera!

Rayuan Segera

24 November 2007

Kepada semua,

Batalkan Hukum Gantung Satu Semester Pelajar UPM Lee Song Yong dengan Segera!

Lee Song Yong, seorang pelajar tahun kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengikuti kursus Sarjana Muda Sains Komputer, telah digantung satu semester atas keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Khamis 22 November 2007 setelah beliau didapati bersalah di atas tuduhan tidak memberi kerjasama, mempertikaikan tugas Pengawai Keselamatan dan menghalang Pengawai Keselamatan tersebut daripada menjalankan kerja, kewajipan dan fungsinya.

Kami meminta membatalkan hukuman gantung satu semester kerana:

a. Lee Song Yong telah memberi kerjasama yang secukup dengan menunjukkan kad matrik dan menunggu supaya dapat penjelasan sebelum membenarkan begnya diperiksa.

b. Pegawai keselamatan tidak menjelaskan alasan/tujuan untuk memeriksa beg pelajar. Walaupun Polis harus menjelas tujuan sebelum pemeriksa dibuat.

c. Kes pegawai yang bertindak kasar, tidak memperkenal diri dan merampas harta Lee tidak disiasat.

Latar Belakang Peristiwa

Kejadian berlaku pada 22 Ogos 2007, dimana Lee ditahan di pondok pengawal enggan memberi begnya diperiksa kerana tidak dapat penjelasan daripada pegawai keselamatan. Pegawai Unit Tugas Khas yang datang kemudian serta tidak beruniform telah merampas Kad Matrik dan buku nota Lee dengan kasar dan tanpa persetujuan Lee. Lee telah membuat laporan polis pada hari yang sama dan aduan terhadap pegawai keselamatan juga dibuat di Bahagian Keselamatan tiga hari kemudian.

Pihak pentadbir Universiti tidak mengambil tindakan terhadap pegawai keselamatan yang salahguna kuasa dan tidak hormat kepada hak dan privasi (privacy) mahasiswa malahan menuduhkan Lee pada 14 November 2007 atas tidak berkerjasama dan mempertikaikan pegawai keselamatan dua bulan selepas kejadian berlaku.

Prosiding pada 22 November 2007

Prosiding yang pertama pada 19 November telah ditangguh ke 22 November 2007. Dalam prosiding, saksi-saksi dari Pihak Berkuasa Tatatertib iaitu pegawai-pegawai keselamatan termasuk pegawai beruniform, unit tugas khas dan pengarah keselamatan Mejar Othman, kesemuanya telah mengakui bahawa Lee ingin bekerjasama dengan menunjukkan kad matrik dan tidak cuba untuk melarikan diri melainkan membenarkan pemeriksaan beg beliau tanpa diberi penjelasan tentang sebab pemeriksaan. Pegawai-pegawai keselamatan juga mengakui bahawa mereka tidak memberi sebab semasa memeriksa beg pelajar dan ini adalah prosedur mereka.

Namun, Pihak Berkuasa Tatatertib telah membuat keputusan menjatuhkan hukuman yang berat iaitu gantung pengajian 1 semester dan amaran.

Kuasa Pegawai Keselamatan UPM melebihi Anggota Polis

Dalam kes ini sudah ternampak kuasa pegawai keselamatan telah melebihi kuasa polis dimana ternyata dalam Criminal Procedure Code (CPC), polis hanya boleh menjalankan pemeriksaan dengan memberi penjelasan dan mengikut prosedur yang ketat. Sudah jelas pegawai keselamatan telah menyalahguna kuasa dengan kuasa yang melampau ini.

Hal ini telah menunjukkan bahawa pihak pentadbir universiti menyebelahi pegawai keselamatan tersebut. Hukuman gantung jelas menunjukkan mereka ingin mewujudkan perasaan ketakutan, risau di kalangan pelajar dan hendak pelajar tunduk kepada kuasa pihak pegawai keselamaan yang tiada batasan.

Walaupun Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sudah membuat permintaan supaya prosiding ke atas Lee digantung sementara Suhakam menjalankan penyiasatan terhadap dakwaan berlaku perlanggaran hak asasi manusia oleh pihak UPM. Pihak pentadbir Universiti masih mahu meneruskan prosiding dengan tergesa-gesa dan jatuhkan hukuman pergantungan atas Lee.

Prosiding yang Tidak Adil

Prosedur perbicaraan ini juga jelas menampakkan perlanggaran hak asasi ke atas pelajar terbabit. Bukan sahaja Lee diserahkan notis yang singkat menjelang perbicaraannya hingga menyukarkan beliau membuat persiapan, bahkan Lee turut dinafikan hak untuk diwakili oleh peguam pilihannya yang mana ini adalah satu perlanggaran terhadap right to counsel yang diperuntukkan oleh Perkara 5 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Trak Rekod UPM Menindas Pelajar

Kes-kes penyalahgunaan kuasa oleh pegawai keselamatan bukan pertama kali berlaku di UPM. Malah, fenomena ini sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi pelajar di UPM, a termasuk bilik kolej kediaman empat orang pelajar perempuan UPM telah digeledah pada larut malam pada 2003, wakil pelajar Lim Ban Teng dan Lua Khang Wei dikasari pada 2004, prosiding terhadap 6 pelajar yang menuntut pilihanraya kampus yang adil pada 2005, keganasan pegawai bertindak kasar dan menolak pelajar yang berlaku di kafe kolej 12 UPM pada 11/7/2006, dan kes laptop dan benda-benda kepunyaan Yee Yang Yang telah dirampas tanpa sebab(14/9/2007). Kes-kes ini dengan jelasnya menunjukkan masalah yang serius bagi penyalahgunaan kuasa oleh pihak pentadbiran UPM.

Tuntutan

DEMA menyeru pihak pentadbir UPM membatalkan hukuman yang tidak munasabah terhadap Lee, mengemukakan prosedur pemeriksaan pegawai keselamatan, dan mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai keselamatan yang menyalahgunakan kuasa.

AUKU Memberi Kuasa Melampau

Fenomena sedemikian juga disebabkan oleh penyerahan kuasa yang terlalu besar kepada pihak pentadbir universiti oleh AUKU, ia menyebabkan kes penyalahgunaan kuasa pegawai keselamatan universiti sering berlaku, dan menyebabkan ruang demokrasi universiti semakin merosot serta hak mahasiswa tidak dijamin. Kualiti universiti semakin merosot disebabkan mahasiswa disekat perkembangan mental yang kritikal dan kreatif.

Ini jelas ditunjukkan oleh kedudukan UPM dalam 200 Universiti Terbaik di Dunia yang dikeluarkan Times Higher Education Supplement (THES) dua minggu yang lalu. Universiti Putra Malaysia (UPM) yang tidak pernah masuk kedudukan 200 yang tertinggi, malah jatuh 72 tempat, dari Ke-292 tahun 2006 sampai Ke-364 tahun ini.

Maka DEMA menyeru pihak Kementeruan Pendidikan Tinggi untuk mansuhkan AUKU dengan segera, agar demokrasi kampus dan kebebasan akademik dapat dijamin, dan ini merupakan langkah yang terpenting untuk menyelamatkan kualiti Universiti yang semakin hari semakin merosot.

Dikeluarkan oleh,

Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)

Nyatakan bantahan anda dengan menghantar surat bantahan kepada Naib Chanselor Universiti Putra Malaysia

Contoh Surat

Kepada,

Y. B. Dato' Mustapa bin Mohamed

Menteri Pengajian Tinggi

Kementerian Pengajian Tinggi,

Blok E3, Parcel E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62505 Putrajaya, Malaysia

Tel : +603-8883 5010

Faks : +603-8889 1952

Emel: menteri@mohe.gov.my

Batalkan Hukum Gantung Satu Semester Pelajar UPM Lee Song Yong dengan Segera!

Kami/Saya dari, ____________ _________ _________ ___, membantah sekuat-kuatnya tindakan pihak pentadbir universiti yang mengemukakan hukuman gantung satu-semester yang tidak munasabah terhadap Lee Song Yong, seorang pelajar tahun kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengikuti kursus Sarjana Muda Sains Komputer, dimana Lee ditahan di pondok pengawal enggan memberi begnya diperiksa kerana tidak dapat penjelasan daripada pegawai keselamatan.

2. Kami berpendapat hukuman Lee Song Yong patut dibatalkan atas sebab:

d. Lee Song Yong telah memberi kerjasama yang secukup dengan menunjukkan kad matrik dan menunggu supaya dapat penjelasan sebelum membenarkan begnya diperiksa.

e. Pegawai keselamatan tidak menjelaskan alasan/tujuan untuk memeriksa beg pelajar. Walaupun Polis harus menjelas tujuan sebelum pemeriksa dibuat.

f. Kes pegawai yang bertindak kasar, tidak memperkenal diri dan merampas harta Lee tidak disiasat.

3. Kami/Saya berpendapat, tuduhan terhadap Lee Song Yong menunjukkan pihak pentadbir Universiti menyebelahi pegawai-pegawai keselamatan yang menyalahgunakan kuasa dan tidak hormat kepada hak dan privasi (privacy) mahasiswa. Hukuman gantung pula telah mewujudkan perasaan ketakutan, risau di kalangan pelajar dan hendak pelajar tunduk kepada kuasa pihak pegawai keselamaan yang tiada batasan.

4. Kami menuntut supaya pihak pentadbir universiti UPM:

  1. Membatalkan hukuman gantung satu semester terhadap Lee Song Yong dengan serta-merta.
  2. Mengemukakan prosedur pemeriksaan pegawai keselamatan yang jelas.
  3. Ambil tindakan terhadap pegawai-pegawai keselamatan yang menyalahgunakan kuasa

Selain itu, kami juga menyeru supaya pihak Universiti memberhentikan segala tindakan mencabuli hak mahasiswa UPM dan memupuk fenomena takut-menakut di Universiti. Pihak Universiti harus menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar dan bukannya menjadi ancaman kepada mereka.

Yang benar,

____________ ________

( )

Salinan kepada:

Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha bin R. Abdullah

Naib Canselor UPM

Pejabat Naib Canselor, Canselori UPM

43400 UPM Serdang,

Selangor, Malaysia.

Tel : +603-8946 6001 / 6002

Faks : +603-8948 3244

Emel : nc@putra.upm. edu.my

SILA FAX ATAU EMAIL SATU SALINAN SURAT ANDA KEPADA Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)

Tel / Faks : +603-7783 9525 Emel: demamalaysia@ gmail.com